Friday 14 October 2011

SURAT KIRIMAN

  Blog ini sesuai untuk murid tahap 2 yang ingin mempelajari penulisan Bahasa Melayu mengenai cara-cara untuk menjawab soalan tentang surat kiriman.
        Surat kiriman terbahagi kepada dua iaitu surat kiriman tidak rasmi dan surat kiriman  rasmi.



SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

FOKUS BIMBINGAN

1. Karangan  jenis surat kiriman tidak rsami merupakan karangan berformat.
2. Surat kiriman tidak rasmi bersifat peribadi. Surat ini dituliskan kepada ibu bapa,kaum keluarga,saudara -    mara,rakan-rakan dan sahabat pena.
3. Terdapat beberapa jenis surat kiriman tidak rasmi seperti:
     a.surat bertanya khabar.
     b. surat tahniah.
     c. surat takziah.
     d. surat undangan.
4. Penggunaan kata ganti diri penerima sangat penting dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi.Yang berikut ialah senarai kata ganti diri:

                  Ayah/bapa saudara- ayahanda
                  Ibu/ibu saudara      - ibunda/bonda
                  Anak                     - anakanda
                  Abang/kakak         - kakanda
                  Adik                      - adinda
                  Datuk/nenek          - nenda/nenenda
                  Cucu                     - cucunda
5. Format surat kiriman tidak rasmi adalah seperti berikut:
   
       a.  Alamat pengirim di tulis di sudut atas sebelah kanan surat.
       b. Tarikh ditulis  di bawah alamat pengirim dengan meletakkan tanda noktah(.) di hujungnya.
       c.  Pembuka kata ditulis ke dalam sedikit dengan menyatakandi mana penerima berada,iaitu tempat,bandar atau negeri. Pembuka kata surat seperti "Menemui sabhabtku... dengan selamatnya atau semoga dalam keadaan sihat..."
6. Kata panggilan seperti ayahanda,bonda,kakanda,adinda,saudara dan saudari ditulis pada sudut sebelah kiri,iaitu pada bahagian tepi surat.
7.  Pendahuluan surat biasanya bertanya khbar dan menyatakan keadaan diri pengirim.
8.  Perenggan isi dimulakan di sebelah dalam sedikit.
9.  Isi-isi  penting ditulis dalam perenggan kedua dan seterusnya.
10.  Selepas penutup surat,tulislah "Yang ikhlas" atau "Yang benar" di sebelah kanan surat dan diikuti tanda koma (,) selepas itu.
11.  Tandatangan pengirim ditulis di sebelah kanan bahagian bawah surat.
12.   Gunakan bahasa yang mudah,baku dan tepat dalam karangan surat kiriman ini. Selain itu,murid juga boleh menggunakan ungkapan,kiasan atau peribahasa agar isi surat menjadi lebih menarik.





                                            FORMAT SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI 

                                                                                                                                                                                                                                                   -----------------------
                                                                     Nama dan alamat pengirim                   ----------1------------                                                                                                     -----------------------
                                                                                                                       
                                                                                                  Tarikh    ----------2----------- 


            ----------------------3----Pendahuluan  surat-------------------------------
 -------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------
------------------------- 
             --------------------------------------------------------------------------
------------------------------4----Isi -isi surat------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
------------------------

----------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------
------------------------------5----Penutup surat----------------------------------
-------------------------

                                                                                --------6--Tandatangan pengirim----



CONTOH SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

1) Kamu telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun. tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan tentang kejayaan kamu itu.




No. ,Jalan Seroja,
Taman Seri Jelita, 
68100 Gombak,  
Selangor              

20 Mei 20011      

Menemui sahabatku Abdul Salam yang berada di Hutan Melintang, Perak, semoga sihat hendaknya. Saya dan keluarga di sini sihat sejahtera. Saya harap saudara pun dalam keadaan sihat dan sentiasa ceria bersama-sama keluarga.
              
            Saudara,
            Tujuan saya mengirimkan warkah ini adalah untuk memberitahu saudara bahawa saya telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini. saya juga telah mendapat tempat pertama dengan purata markah 88 peratus dan juga 5A bagi matapelajaran UPSR.

            Sesungguhnya, saya berasa begitu bersyukur dengan kejayaan ini. Masih terlalu awal kejayaan yang saya kecapi ini dijadikan pengukur untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan UPSR nanti. Namun, ia menjadi motivasi untuk lebih cemerlang dalam pada pepriksaan akan datang.

            Kesempatan yang ada ini ingin sekali saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada saudara kerana telah banyak memberikan perangsang dan dorongan kepada saya. Sebenarnya, sikap gigih dan kecemerlangan yang dicapai oleh saudara telah menjadi penyuntik kepada kejayaan saya. 

            Harapan saya semoga kita berdua akan sama-sama berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan keputusan yang cemerlang dalam pepriksaan UPSR pada bulan September nanti.

           Sekian sahaja coretan saya untuk warkah kali ini. Semoga bertemu lagi di lain lembaran, 
 sambutlah salam mesra daripada saya.
      
Yang Benar,
Muhammad Rizal


SURAT KIRIMAN RASMI
Fokus Bimbingan
1. Surat kiriman rasmi ditulis untuk urusan rasmi seperti berikut:
  (a) surat permohanan
  (b) surat bantahan/aduan
  (c) surat pesan
  (d)surat peniagaan
2.Format surat kiriman rasmi adalah seperti berikut:
   (a) alamat pengirim dan jawatan (jika ada),di tulis pada bahagian atas sudut kiri surat tersebut.
   (b) Buat garisan melintang selepas alamat pengirim
   (c) baris akhir alamat penerima hendaklah digariskan.
   (d) Tarikh ditulis di sebelah kanan surat. Nama bulan ditulis dengan huruf besar
   (e) Panggilan hormat atau gelaran penerima seperti Tuan/Puan ditulis di bawah alamat pengirim.
   (f) Tulis tajuk surat.Huruf pertama setiap perkataan ditulis dengan huruf besar.
   (g) Gariskan tajuk tersebut.
   (h) Mula menulis dari tepi surat tanpa peranggan dan tidak bernombor.
   (i)  Perenggan berikutnya bernombor 2,3,4 dan seterusnya.
   (j) Perenggan penutup dimulakan dari tepi surat tanpa nombor
   (k) Tandatangan pengirim ditulis di sudut kiri bahagian bawah surat.
   (l) Nama pengirim  ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan kemudian diikuti jawatan pengirim 
3. Gaya bahasa yang digunakan mestilah gaya bahasa yang formal,ringkas,dan padat.



FORMAT SURAT KIRIMAN RASMI  

________________________
________________________  1 Alamat pengirim
________________________
________________________

____________________________________2 Garisan pemisah _______ 

________________________
________________________3 Nama/Alamat penerima
________________________                                                                             4 Tarikh

________________________5 Kata hormat

____________________________ 6 Tajuk surat

_____________________________7Pendahuluan_____________________
_____________________________________________________________
2___________________________________________________________
____________________________________________________________
3____________________________8 Isi -isi surat ____________________ ____________________________________________________________
____________________________________________________________
______________

4___________________________________________________________

_____________________9 Penutup  surat___________________________
____________________________________________________________




____________10 Tandatangan__________
(11 Nama pengirim (huruf besar)     )


Contoh surat kiriman rasmi

Persatuan  Bahasa malaysia sekolah kamu akan mengadakan pertandingan syarahan sempena Bulan Kemerdekaan . Selaku setiausaha persatuan,kamu diminta menulis surat kebenaran untuk menggunakan dewan  kepada guru besar. Tulis surat itu selengkapnya.

Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Subang Jaya,
47600 Subang Jaya,
Selangor.
______________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan  Subang Jaya,
47600 Subang Jaya,
Selangor.                                                                                                                  17 MAC 2011

Tuan,
Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah

Dengan segala hormatnya,saya merujuk perkara di atas.

2. Persatuan Bahasa Malaysia sekolah ini akan menganjurkan pertandingan syarahan sempena Bulan Kemerdekaan pada bulan hadapan. Sehubungan itu, saya selaku setiausaha persatuan memohon kebenaran pihak tuan untuk menggunakan dewan sekolah ini bagi tujuan tersebut.

3.  Tujuan pertandingan ini diadakan  untuk mencungkil bakat bersyarah dalam kalangan murid-murid sekolah ini serta mencari peserta terbaik bagi mewakili sekolah ke pertandingan syarahan di peringkat daerah.

4.  Untuk makluman tuan,pertandingan tersebut akan diadakan seperti berikut:
                      
                       Hari dan Tarikh      : Sabtu (17 April 2011)
                       Tempat dan Masa  : Dewan Sekolah Kebangsaan Subang Jaya
                                                       (8.00 pagi)

Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Segala kerjasama yang tuan berikan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai.

Sekian,terima kasih.

Yang benar,
____faiz najmie__
(FAIZ NAJMIE B HASAN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Subang Jaya.