Latihan Surat Rasmi

Mari sama-sama kita lakukan aktiviti di bawah.

LATIHAN 1

Isikan tempat kosong di bawah dengan jawapan yang diberikan.

Soalan: Kamu dapati pasar malam di kawasan perumahan kamu telah menimbulkan pelbagai masalah kepada penghuni di situ. Sebagai wakil penduduk ,kamu berasa bertanggungjawab menulis sepucuk surat kepada pihak berkenaan untuk melaporkan hal tersebut. Tulis sepucuk surat itu selengkapnya.

*15 Jun 2010                      *  Pengarah,
                                               Majlis perbandaran Ampang Jaya,
                                              45000 Ampang
                                              Selangor.

* Aduan Tentang Pasar Malam               * beroperasi       * bersebelahan

*aliran         * ketenteraman            *  bertaburan              jalan

* Sekian,terima kasih.



Wakil Penduduk,
Taman Seri  Ampang,
45000 Ampang,
Selangor.
_______________________________________________________________________

_________________
_________________
_________________
__________                                                                                                  _____________

Tuan,

____________________________________________

Dengan segala hormatnya,saya merujuk perkara di atas.

2.  Saya Mohd Mahali bin Amin mewakili penduduk di Taman Seri Ampang ingin membuat aduantentang masalah yang dihadapi oleh penduduk berhubung lokasi pasar malam yang _____________ taman ini.

3.  Untuk pengetahuan tuan,lokasi pasar malam yang terletak bersebelahan jalan utama telah menimbulkan pelbagai kesulitan kepada orang ramai. Gerai-gerai yang didirikan di kiri kanan jalan  telah mengganggu ________ lalu lintas khususnya mereka yang mahu pulang ke rumah dari tempat kerja.

4.  Selain itu,kami juga menghadapi masalah bunyi bising tatkala pasar malam ini beroperasi. Suara penjual menarik perhatian pembeli,pembesar suara,bunyi enjin kereta dan aluan muzik yang kuat telah mengganggu ______________ penduduk di taman ini.

5.  Lebih mendukacitakan kami,sampah sarap yang ditinggalkan oleh para peniaga ___________ di merata-rata tempat.Situasi ini telah menyebabkan bau yang kurang menyenangkan.

Saya berharap agar pihak tuan dapat mencari ___________ bagi mengatasi masalah ini. Segala kerjasama dan perhatian  daripada tuan amat saya hargai.

________________

Yang benar.
Mohd Mahali

(  MOHD MAHALI B AMIN )
Waki Penduduk,
Taman Seri Ampang.



LATHAN 2

1. Anda diminta menyusun semula surat kiriman rasmi mengikut urutan yang betul berpandukan contoh surat kiriman rasmi yang diberikan di atas.

Soalan: Kamu tidak dapat hadir ke sekolah bermula esok. Tulis sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memaklumkan tentang perkara itu. Tulis surat itu selengkapnya.



        * 21 Ogos  201
 
        * Tahun 6 Amanah,
            Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia,
            41200 Selayang,
            Selangor.

        * Puan

        * Cikgu Sarifah Mazni Bt Syed Mahmud,
            Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia,
            41200 Selayang,
            Selangor.

         * Tidak Hadir ke Sekolah

         *2. Saya, Nur Aina Syifa Bt Sabri ingin memaklumkan
            kepada cikgu bahawa saya tidak dapat
           hadir ke sekolah mulai 24 hingga 26 Jun ini.

         *4. Saya berjanji akan mengulang kaji pelajaran  dan
            menghubungi rakan-rakan untuk bertanya
           dan menyiapkan kerja-kerja sekolah ketika berada di kampung nanti.

         * Dengan segala hormatnya,saya merujuk perkara di atas.

         *3. Untuk makluman cikgu,saya dan keluarga terpaksa
           pulang ke kampung kerana datuk saya 
           telah dimasukkan ke hospital akibat deman denggi.
          Saya sekeluarga akan berada beberapa
           hari di kampung untuk menemani datuk di hospital.

         *5. Saya berharap agar cikgu dapat memahami situasi
           saya sekeluarga. Kerjasama dan perhatian pihak
           cikgu,didahului dengan ucapan terima kasih.

         * Yang benar,
             Nur Aina Syifa
      (NUR AINA SYIFA)
                 Kelas 6 Amanah

         * Sekian,terima kasih.

LATIHAN 3

Soalan: Kamu ingin membuat pesanan buku-buku rujukan UPSR dari sebuah syarikat penerbitan 
             yang diiklankan di dalam sebuah akhbar tempatan.Tuliskan sepucuk surat pesanan kamu 
             kepada syarikat penerbitan tersebut.




Rangka karangan


Pendahuluan - Alamat pengirim dan penerima,tarikh,kata panggilan rasmi,perkara,tujuan(ditulis 
                        dengan ringkas dan tepat)


Isi-isi penting 1. memperkenalkan diri-membuat pesanan
                        2. tujuan -sebagai rujukan dan latihan-persediaan menghadapi UPSR
                        3.butiran pesanan-jenis buku,bilangan dan harga
                        4. wang pos disertakan-nilai dan nombor wang pos


Penutup- Berharap pesanan dapat dihantar dengan segera-perhatian dan kerjasama amat 
                dihargai.