Latihan Surat Tidak Rasmi

LATIHAN 1
 Mari kita sama-sama lakukan aktiviti di bawah dengan mengisi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
Soalan: Tuliskan sepucuk surat kepada rakan kamu yang telah berpindah. Ceritakan kepadanya tentang pengalaman kamu ketika melawat ke Pulau Langkawai semasa cuti semester yang lepas.

 sihat                   mendengar                    menaiki                    teksi                    menulis

menginap            tempat                          peluang                     bertolak              melawat


                                                                                                         34,Taman Simpang       
                                                                                                         34000 Taiping,      
                                                                                                         Perak.            
                                                                                                                 
                                                                                                         30 Oktober 2010            

     Menemui sahabatku Karen,semoga berada dalam keadaan __________ sejahtera hendaknya.

Saudari,
     Sudah lama saya tidak _________ berita daripada saudari.Bagaimana dengan sekolah baru?Saya berharap saudari dapat menyesuaikan diri dengan sekolah dan kawan-kawan baru.
     Bagaimana dengan curi semesta yang lepas?Saya bersama keluarga saya telah pergi ke Langkawi. Kami_______ feri dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi.Perjalanan mengambil masa kira-kira satu jam setengah.Setelah tiba di Pulau Langkawi, kami menaiki _________ ke sebuah hotel untuk ________ di sana.Petang itu kami pergi Ke Pantai Cenang untuk mandi-manda.
     Pada keesokan harinya kami melawat ke beberapa ______menarik sperti Makam Mahsuri,Pulau Dayang Bunting,Telaga Tujuh,Taman Buaya,Pulau Singa dan "Underwater World"Kami juga mengambil ______untuk membeli belah di Pekan Kuah.Pelbagai jenis barang sama ada buatan tempatan ataupun barangan import,semuanya dijual dengan harga yang amat barpatutan.Setelah beberapa hari berada di sana kami pun _____ pulang dengan manaiki feri ke Kuala Kedah. Di sana,pak cik saya telah  menunggu kami.
      Kata orang "jauh perjalanan luas pengalaman".Oleh itu saya cadangkan saudari pergi _______ sendiri supaya saudari dapat melihat dan mengalami pengelaman baru.
      Sekianlah sahaja yang dapat saya ceritakan.Jangan lupa _____surat kepada saya pula.
Sekian,terima kasih.

                                                                                                                                    Sahabatmu
                                                                                                                                       sarina

LATIHAN 2

Arahan: Isi tempat kosong di ba3wah dengan jawapan anda sendiri.

Soalan: Andainya bahawa kamu tinggal bersama nenek.Kamu ingin menyertai rpmbongan lawatan
            sekolah kamu melawat tempat-tempat menarik di Melaka. Tuliskan surat kepada ayah kamu
            untuk meminta kebenaran daripadanya.


                                                                                                                No,593,Taman wira
                                                                                                                18000 Teluk Air Tawar,
                                                                                                                 Pulau Pinang.
                                                                                                                 31 Julai 2010

        Menemui _______ ayahanda yang dikasihi,semoga beroleh kesejahteraan hendaknya.
___________
       ________ khbar keluarga di sana? Anakanda semuanya berada dalam __________ sihat.
Anakanda dan nenda di sini,sihat-sihat sahaja.
       Tujuan anakanda __________ surat ini adalah untuk meminta kebenaran ayahanda untuk menyertai rombongan __________ yang diadakan oleh persatuan di sekolah anakanda. Lawatan ini akan diadakan pada 24 Ogos 2010. Kami akan melawat tempat-tempat menarik di sekitar Melaka.
        Untuk tujuan _________,anakanda memerlukan wang sebanyak RM150.00 sebagai bayaran tembang dan penginapan. Anakanda juga memerlukan sedikit wang saku.
        Anakanda benar-benar berharap ayahanda dapat _________ anakanda menyertai rombongan tersebut serta dapat _______ wang tersebut secepat mungkin.
        Akhir kata, _________salam sayang daripada anakanda dan nenda untuk ayahanda,_________,dan adinda di sana. Sekian,terima ________.
     
                                                                                                                                    Anakanda 
                                                                                                                                      Idayu 
LATIHAN 3
Susun  semula surat kiriman di bawah menjadi urutan yang betul berpandukan contoh surat kiriman di atas.

Soalan: Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu yang tinggal di bandar untuk mengajak dia datang ke kampung kamu.

 * Menemui sahabatku Tiara yang kini berada di Petaling Jaya.Semoga saudari dan keluarga berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.

* No,41,Jalan Syed,
   30450 Kuantan,
   Pahang Darul Makmur.

* Saudari

*  Saya harap saudari masih lagi mengingati diri saya walaupun kita jarang berutus surat. Namun begitu saya tetap tidak melupakan saudari dan saya harap saudari begitu juga.
     Tujuan saya menulis surat ini sebenarnya mahu mengajak saudari datang ke kampung saya pada cuti pertengahan semester nanti. Sekarang ini musim buah-buahan di dusun datuk saya sudah hampir masak.Cuti nanti dapatlah kita sama-sama meras buah-buahan itu.Di dusun datuk saya,ada pelbagai jenis pokok buah-buahan.
     Selain daripada itu,kita juga dapat menikmati keindahan di kawasan sawah padi yang sedang menguning.  Saudari mungkin berpeluang merasa keenakan nasi daripada beras yang baru dituai.
     Sekiranya saudari bersetuju,beritahulah saya dengan segera.Bolehlah saya menunggu saudari di perhentian bas atau di stesen kereta api.
* Sekian, terima kasih.

* Sahabatmu
   Nurul

 * Akhir kata,setakat ini dahulu. semoga kita dapat bertemu lagi.



LATIHAN 4

Tulis sepucuk surat kepada  rakan kamu untuk  memberitahu rancangan kamu yang ingin melawatnya pada cuti sekolah nanti. Gunakan rangka karangan yang diberi di bawah.

Rangka Karangan

* Pendahuluan- Alamt pengirim,tarikh surat ditulis
* Isi-isi penting- Pembuka kata- tanya khbar-harap sihat dan gembira
                        disamping keluarga-cuti tidak lama lagi-                          
                         tunaikan janji-ke rumahnya-adik ikut sama-
                        rancangan-lawat tempat menarik-tiga hari-
* Penutup       - Balas surat segera-salam buat keluarga-
                         tandatangan

Mari sama-sama kita lakukan aktiviti di bawah.

LATIHAN 5
Latihan:  Balas surat sahabat pena anda dari negeri  lain yang ingin berkunjung ke tempat anda  pada musim cuti yang akan datang.  Mereka sekeluarga ingin  melawat ke tempat-tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong. Beri cadangan dan ceritakan serba sedikit tentang beberapa tempat yang patut mereka kunjungi nanti.  Tulis surat anda selengkapnya (Dalam lingkungan 100 patah perkataan)
Rangka karangan
  • Format surat kiriman tidak rasmi
  • Kata penghadap surat – saudara, nama, tempat, berharap dia sihat, keadaan anda.
  • Gembira mendengar berita dalam surat yang lalu dan nyatakan tujuan anda
  • Isi –ceritakan tempat-tempat menarik dan keistimewaannya. Contoh
-          Zoo Negara, Batu Cave, Menara Kuala Lumpur
-          Bukit Bintang, Menara Berkembar Petronas
-          Genting Highland  dan beberapa pusat beli-belah terkemuka
  • Berharap dapat berjumpa dengannya nanti, berjanji membawa mereka ke suatu tempat/acara istimewa

LATIHAN 6

Soalan;   Rakan anda telah memenangi pertandingan pidato peringkat negeri. tulis sepucuk surat kepada 
              rakan anda itu untuk mengucapkan tahniah.
Guna rangka karangan di bawah.

*Pendahuluan - alamat pengirim dan tarikh,bertanya khbar dan bertanya keadaan diri.
*Isi-isi penting - 1. Mengucapkan tahniah tidak menyangka ada kebolehan berpidato.
                         2. Membuat persedian rapi untuk pertandingan.
                         3. Kagum dengan kepetahan- berkongsi rahsia kejayaan.
                         4. Harapan agar terus berjaya.

* Penutup - Ucapan salam buat keluarga


LATIHAN 7